1) Menjual pelbagai produk di page anda
-Makna nya anda tidak focus produk apa yang anda perlu bagi keutamaan. Ini
akan menyebabkan kurang effective kerana orang akan jadi keliru barang yang
anda jual. Saya cadangkan kepada sesiapa kalau nak jual produk di Page anda
supaya fokus pada 1 produk. Misalnya kalau jual produk kecantikan untuk 1
page. Jangan dicampur aduk dengan produk makanan.
2) Membuat Post Caca Marba
Post caca marba? Apa maksudnya? Ramai orang mencampurkan post-post yang kurang
berkaitan dalam fanpage menjual produk. Fanpage jual produk kecantikan, tapi
post tips motivasi yang tak berkaitan, tips islamik yang tiada kaitan dengan
niche produk, post gambar kelakar, dan sebagainya. Bukannya tak boleh buat,
tapi perlulah benar-benar berkaitan dengan tema fanpage. Jika kita buat post
yang caca marba ini, audiens kurang jelas dengan apa tujuan fanpage kita, dan
apa yang kita jual.
3) Tak Buat atau tak Tahu Page Post Ads
Ini paling penting sekali untuk promote page/product/service anda jual. Ya,
inilah yang paling ramai tidak sedar kepentingannya. Kebanyakan buat ads jenis
new ads sahaja. Setiap ads ada objektifnya. Ada ads yang sesuai untuk dapatkan
LIKE, ada ads khas untuk dapatkan jualan. Ads yang paling sesuai untuk menjual
adalah jenis page post ads.
4) Cara Pembelian Tiada atau Kurang Jelas
Ini satu lagi yang jadi masalah! Di fanpage, tidak ditunjukkan bagaimana untuk
membeli.Nak cari bagaimana cara nak membayar, sehinggalah saya terpaksa pm
minta no phone. Dan dari situ saya sms untuk cara pembayaran. Nasib baik saya
memang berkenaan dengan produk yang dijual, dan malas nak mencari di fanpage
yang lain. Saya syorkan cara pembayaran disediakan samada di ruangan info,
tab, atau berikan no phone untuk order.
5) Produk Tak BOOM untuk customer nak beli
Produk tak yakinkan customer, memang susah dapatkan sales yg meletop. Apa
sebab orang tak yakin? Sebabnya kita tak mampu buat mereka percaya akan
keberkesanan produk. Jadi, bagaimana nak yakinkan customer ? Anda boleh
yakinkan mereka dengan memperbanyakkan testimonial samada dalam bentuk grafik,
video, gambar dan sebagainya. Dan selain dari itu, anda boleh yakinkan prospek
dengan menyediakan info tentang produk secukupnya samada melalui web, page
atau sebagainya.
6) Cara Penulisan Yang Kurang Professional
Ini bukan bermakna anda perlu menulis dengan ayat bahasa tinggi. Tapi apa yang
anda perlu tulis adalah, ayat yang mudah difahami, dengan ejaan yang betul,
penggunaan huruf besar huruf kecil yang betul. Jika anda menulis post anda
dengan huruf besar kesemuanya, ianya akan kelihatan seperti tanda anda marah
atau tidak suka, Dan ada juga orang anggap tulisan berhuruf besar kesemuanya
adalah SPAMMM! Dan satu lagi, jangan guna bahasa SMS. Ini kerana ada orang
faham, ada orang yang tak faham bahasa SMS ni. Selain dari itu juga, ayat sms
ini membuatkan anda kelihatan kurang professional. Biar tulis dengan ayat yang
penuh untuk orang mudah memahami apa yang ini anda sampaikan
7) Tidak Berikan Respons Terhadap Komen/PM
Ini ramai yang terlepas pandang sebab kalau anda jawab komen, Ia akan menjadi
viral dan akan appear kat new feed. Ramai yang bertanya, tapi kita tak berikan
respons. Atau lambat berikan respons untuk menjawab komen. Pelawat perlukan
layanan dari anda sebagai penjual.