Kayu beruti bawah rumah.
Salam sejahtera kepada sahabat semua.
Hari ini saya ingin membincangkan dengan anda kenapa ramai orang yang
menyertai perniagaan MLM (MultiLevel marketing, bisnes online, refferal
program, affiliate program) biasanya berkesudahan dengan kehampaan.
Kalau ada yang berjaya mendapat hasil tersebut dengan banyak sekali pun,
ia hanya dapat dalam waktu singkat sahaja. Tetapi 99% biasanya habis
duit daripada dapat duit.
Tujuan saya bercerita ini semata-mata (kalau boleh) untuk mengelakkan
anda dan rakan-rakan yang lain supaya tidak kehilangan duit didalam
pencarian rezeki di dunia perniagaan seperti ini. Itu sahaja.
___________________________________________________________________
Kejayaan dalam MLM ini bagi pandangan saya adalah, anda sertai satu
program perniagaan, anda promote dalam satu jangka masa tertentu, anda
dapat komisyen melebihi modal yang anda keluarkan, dan sampai satu tahap
walau pun anda stop buat promosi, anda stop mengembangkan perniagaan
tersebut, tetapi komisyen atau income nya tidak stop dan ia makin
membesar setiap bulan. Itu bagi saya kejayaan dalam perniagaan MLM.
Saya pernah menghabiskan banyak masa mengkaji masalah ini. Kesudahnya saya dapat membuat kesimpulan:
"Setiap 200 perniagaan MLM (dan sewaktu dgnnya) yang kita dengar, kita
jumpa dan kita diajak kepadanya, hanya SATU sahaja perniagaan yang
TERBAIK. Manakala diantara 200 orang yang membuat perniagaan TERBAIK
itu, hanya SEORANG sahaja yang akan berjaya"
Huraian:
Setiap hari kita dijemput oleh email, facebook, kawan-kawan, saudara
mara, website2, mengajak kita menyertai perniagaan mereka. Kadang-kadang
berpuluh-puluh perniagaan, yang bestnya mereka mengatakan inilah
perniagaan terbaik. Yang mana satu yang terbaik, poning den nak
fikirkan. Takkan kita nak masuk semua, koyak kita dibuatnya.
Kalaulah kajian saya tu betul, maka terdapat dua halangan besar untuk seseorang berjaya didalam bidang ini.
1. Mana satu perniagaan terbaik?
Dari 200 perniagaan yang lalu depan kita, mana satu yang terbaik,
macamana nak pilih. Kalau 200 perniagaan yang dihidangkan kepada kita,
kalau kita tidak mempunyai cara yang betul untuk memilih yang terbaik,
betapa mudahnya untuk kita memilih perniagaan yang akan menggagalkan
kita. Setiap kegagalan itu biasanya menghabiskan duit kita. 199/200 atau
99.5% kita akan terpilih perniagaan yang salah. Bukan senang nak pilih
perniagaan yang baik ni.
2. Dari 200 orang yang memilih perniagaan terbaik itu, hanya SEORANG
sahaja yang melepasi untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan
tersebut. Adusssss! bukan senang nak senang rupanya. 99.5% akan gagal.
Kalau tak percaya, dengar cerita ini. Pernah sekali ketika saya
mengendalikan kursus membina website, terdapat beberapa orang "Jutawan"
perniagaan MLM XXX, mana tak jutawan, gambar dia dengan kereta Merc
terpampang masuk dalam surat khabar dan majalah. Saya memang respect kat
mereka kerana berjaya sampai tahap macam tu. Saya pun tanya "Kenapa nak
datang kursus macam ni lagi, sedangkan cara yang tuan ada telah
terbukti membawa kejayaan, kenapa nak tukar approach?". Tahu apa mereka
kata? Dulu tak apa lah En Mazelan, jualan bagus, sekarang, nak bayar
duit kereta Merc ni pun tak larat, dah dua bulan ni tak bayar? Tunggu
kena tarik je. Aik!! Saya tanya, bukan ke kereta tu dapat free. Mereka
kata, Cih! Down payment je kompany bayar, itu pun pasal kita dapat buat
sales dan group sales banyak, monthly kita kena bayar sendiri. Bila tak
ada sales atau sales kurang, waktu tu bala pun sampai la En Mazelan.
Kompani akan gunakan cerita kita, gambar kita dengan Merc semata-mata
untuk tujuan promosi supaya ramai orang menyertai perniagaan tersebut.
Ooooo macam tu ke.........
Jadi kesimpulannya kalau kita dapat melepasi dua halangan besar ini,
maka kita akan berjaya dalam perniagaan tersebut, InsyaAllah.
____________________________________________
So, sekarang mari kita lihat lebih jauh, bagaimana untuk kita memilih
perniagaan terbaik tadi. Sebenarnya, ini merupakan satu perkara yang
sangat subjective. Terlalu luas skope nya untuk kita meneliti perkara
tersebut. Saya sebenarnya tiada cara muktamad untuk mementukan samada
perniagaan itu terbaik atau tidak. Cuma saya gunakan tanda-tanda atau
signal yang akan memberitahu saya bahawa ini merupakan perniagaan
terbaik.
Jadi disini saya mencadangkan tanda-tanda perniagaan yang baik untuk anda sertai:
a. Jika anda menyertai satu-satu perniagaan itu, perlu ada terlintas
didalam hati, "Saya ingin menyertai perniagaan ini SEMATA-MATA kerana
saya ingin memakai produk tersebut, bukan pasal biz ni". Saya bukan nak
sponsor orang, saya tak mahu downline walau pun seorang. Jika anda
terfikir, "walau pun saya tiada downline seumur hidup, saya tetap
menggunakan produk ini" maka anda telah 50% berjaya memilih satu
perniagaan yang baik.
Jika anda tapis menggunakan kaedah ini, jika ada perniagaan yang
terlepas dengan penapis ini, biasanya perniagaan itu mempunyai repeat
sales yang tinggi. Repeat sales yang tinggi akan menjadi income yang
berulang kali, tak perlu push orang utk maintain dan sebagainya.
Ramai orang yang memilih perniagaan yang untung tinggi kalau dapat buat
jualan, sekali jual dapat untuk besar, jadi nak kena jual selalu, kalau
kita penat, maknanya tak ada untung la. Kalau tahap penggunaan produk tu
tinggi, sponsor sekali untung berkali-kali, walau pun untungnya kecil.
Ini yang dipanggil residual income.
b. Satu lagi tanda-tanda perniagaan yang baik. Selepas anda menyertai
perniagaan tersebut, anda balik rumah terus nak sponsor ibu bapa,
isteri/suami, anak-anak, saudara mara, jiran-jiran, kerana apa, anda
yakin bahawa perniagaan ini adalah satu kebaikan untuk anda dan orang
yang anda sayangi. Ini tidak, kita join satu perniagaan, senyap2 takut
bini marah, takut dia kata "Sudah2lah buat biz itu ini, buat perabih
beras je, hasil tak pernah nampak". He he he padan muka kena
marah...........
Bayangkan satu perniagaan yang kita rasa ia baik, tapi anak bini pun
kita tak mahu sponsor, kenapa? kita sebanarnya tahu ia "beban", tapi dek
terpengaruh dengan kata2 manis upline, kita pun join, anak/bini kat
rumah kita tak mahu sponsor, tapi kita terkedik-kedik nak sponsor orang
lain. Tak ke kelakar bunyi nya. Kita tak mahu anak/bini kita tanggung
beban, tapi kita nak sebarkan beban pada orang lain.
Jika anda dapat satu perniagaan yang anda akan menggunakan produk
walaupun tiada donwline, anda dapat perniagaan yang bila balik rumah je
terus sponsor ahli keluarga kita untuk menyertai, itu adalah tanda-tanda
perniagaan itu adalah perniagaan yang baik.
Selama lima tahun saya hanya buat 2 perniagaan online, itu pun
berpengkalan di oversea. Kedua2nya menjadi sumber rezeki yang Tuhan
berikan kepada saya sehingga kehari ini. Dan selama beberapa tahun saya
menunggu perniagaan yang memenuhi 2 tapisan yang saya gunakan diatas
tadi, baru 1 sahaja terlepas, dan inilah perniagaan online pertama saya
di Malaysia ini.
http://toneexcel.biz
Mungkin ia terbaik untuk saya, tetapi tidak untuk anda. Cuma saya
tekankan anda perlu menggunakan tapisan diatas untuk anda mencari
perniagaan terbaik untuk diri anda sendiri. Jika anda tersalah pilih,
anda hanya akan membazirkan duit yang begitu payah untuk diperolehi.
_____________________________________________________________
Kedua: Dari 200 orang yang memilih perniagaan terbaik itu, hanya SEORANG
sahaja yang melepasi untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan
tersebut.
Penyumbang pertama kepada kegagalan walau pun anda telah memilih
perniagaan yang baik adalah, masih ramai yang menggunakan cara offline
secara salah dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Contoh yang biasa kita dengar. Bila kita menyertai sesuatu perniagaan
itu, kita mula sebok call sana sini, kita mula contact kawan sana sini,
kawan yang kenal yang tak kenal pun kita contact. Sembang sampai 20
minit semata-mata nak jumpa kerana nak perkenalkan sesuatu yang baik.
Itu seorang kalau 20 orang, 20 kali 20 tak 400 minit. Komisyen sekupang
pun tak dapat lagi, duit dah habis 400x30 sen = RM 120, tak apa,
berniaga, biasalah, kalau tak bekorban dulu mana nak dapat untung,
berniaga burger pun kena keluar dua tiga ribu baru boleh dapat hasil,
kita kena berkorban dulu... walau pun kita sendiri yang terkorban. He he
, untung yang dijanjikan tak juga muncul-muncul. Berkorban dan
terkorban sia-sia namanya. Itu belum lagi kira terkorban masa dengan
keluarga.
Satu lagi yang biasa terjadi, kalau ada presentation, meeting, briefing
atau talk. Katakanlah malam minggu ada, ada speaker yang hebat-hebat
akan bercakap malam tersebut. Sebuklah kita mengajak kawan2 pergi
presentation tersebut, talipon mereka bagai nak rak, habis duit prepaid
pun tak apa, pelaburan lah katakan, akhirnya dalam 20 orang yang kita
talipon, 4 orang bersetuju nak pergi, tapi sorang kat utara, seorang kat
selatan, sorang kat timur, sorang kat barat. Tempat talk kat tengah
tengah2. Nak pulak mereka tak ada kereta atau tak tahu nak pergi
sendiri, punya la semangat, kita pun kata tak apa, nanti saya jemput,
siap jemput sorang2. Utara, selatan, timur, barat kita pergi semata-mata
nak bawa ketengah. Akhirnya sampailah ketempat presentation, dengarlah
tukang karut bercerita kat depan sorang2. Kita pun bersorak sorai,
bertepuk tangan bagai nak rak, nak bagi semangat lah katakan kat
member-member baru ni. Selepas presentation tadi, kita pun perkenalkan
member2 kita kat penceramah tersebut, dekat taiko2 yang lain, lepas tu
sure ajak makan kat kedai mamak, sembang-sembang, harap2 dapat sembang
dengai taiko2, mau empat-empat kawan kita tu join terus. Kalau nak
promote, mesti promote pekej yang besar selalu, baru kita boleh untung
besar......... dia orang, lantak lah, tak kira samada member kita tu ada
duit ke tak ada ke, janji join, janji ikan besar. Besar punya...
Soalan yang perlu kita jawab:
Walau pun kita sekupang komisyen pun tak dapat lagi,
Sapa nak bayar duit minyak semasa kita ambil member2 kita tadi yang di utara/selatan/timur/barat?.
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Sapa nak bayar duit tol?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Sapa yang nak bayar duit makan minum semasa kat kedai mamak tadi?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Sapa yang nak hantar balik member2 tadi tu?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Sapa yang nak bayar duit minyak dan tol semasa kita hantar member2 kita balik ?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Siapa yang balik lewat, sehingga menyebabkan orang rumah kita risau, hingga anak2 tanya "Bapak gi mana mak"?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Siapa yang mengantuk nak pergi kerja keesokkan harinya pasal malam tadi balik kat subuh?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Siapa yang telah banyak habis duit daripada yang dapat, dan telah
mengunakan cara ini untuk bisnes2 sebelumnya tetapi masih tak berjaya?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.
Siapa yang telah membantu menyebarkan beban kepada masyarakat kita, membantu menambahkan beban kepada kawan2 kita?
En Mazelan lah!!! Saya tak, saya buat bisnes aje..............
Adooooooooooooooooooooooooo hai........................
Dah tahu cara ini tak akan berjaya, kenapa buat juga, berapa ramai yang
boleh gila-gila buat kerja macam tu, berapa ramai yang sanggup habis
duit daripada dapat duit. Kalau dah tahu tak ramai, maknanya tak ramai
yang akan bantu kembangkan perniagaan kita, bila makin sikit orang yang
kembangkan perniagaan itu, maknanya satu hari nanti ia tidak akan
bergerak langsung....
_____________________________________________________________________
Apa sebenarnya yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kita membuat kesilapan di langkah kedua ini.
1. Kalau nak buat bisnes ini secara offline. Pertama promote keluarga
terdekat, mak bapak, suami/isteri, anak2, baru kita tahu perniagaan ini
ada kebaikkan bukan beban. Kalau kita tak mahu, itu tandanya perniagaan
itu tak berapa baik.
2. Lepas tu sembang kat mana sahaja kebaikan tersebut, kat member2
sekerja, dalam email, dekat facebook, dekat chatting, kalau mereka tak
berminat, tekankan kebaikan produk tersebut. Jangan cerita marketing
plan ke, atau masuk bisnes ni boleh buat duit juta-juta, nanti bila
mereka tanya, berapa engkau dah dapat, takut terkedu pulak kita nak
jawab, sekupang pun tak masuk lagi.
3. Kalau ada member yang berminat, suruh dia datang jumpa kita, bukan
kita pergi jumpa dia. Kalau ada orang sms nak tanya perkara ini, jawab
dgn SMS sahaja, jangan call.
4. Kalau kita nak pergi presentation sekali-sekali, pergi semata-mata
untuk kita dapatkan maklumat terbaru, dan ajak kawan2 yang dekat2
sebelah rumah sahaja, itu pun kalau ada, kalau tak ada pergi sorang2 je.
5. Dalam masa yang sama belajar sikit2 menggunakan internet untuk buat promosi. Secara internet ni dia ada dua cara.
a. Satu, cara direct selling: Kita gunakan website sendiri atau website
replika (yang ini cepat sikit) dan kita tembak setiap hari di facebook,
iklan percuma, youtube, twitter, swom, yahoo group etc
Keburukkan cara ini: Kena buat selalu, malah lebih buat baik buat tiap2
hari. Penat sikit la, tapi tak perlu keluar duit minyak, duit tol,
belanja orang makan, tak buang masa. Setiap hari dalam sejam dah cukup.
b. Kedua, cara indirect selling: Kita menggunakan website sendiri dan
autoresponder untuk mengumpulkan sahabat, ini adalah cara yang terbaik
dan pantas. Cuma kita perlu mengambil masa untuk mengumpulkan ramai
subscriber. Kalau kita ada ramai subscriber, kalau kita terpilih
perniagaan salah pun boleh buat duit cepat, tetapi saya anggap mereka
ini tidak beretika kerana mementingkan duit lebih daripada sahabat.
6. Perlu betulkan attitude/sikap kita sendiri. Jangan buat satu2 perkara
itu suam-suam najis ayam serama, tak sampai sebulan, hilang entah
kemana.... (pantun yang baru dicipta sebentar tadi)
Kalau nak tengok hasil sesuatu perniagaan tersebut, cuba buat sampai 2
tahun. Tengok apa hasilnya. Ini dak, baru 2 bulan, dah hilang. Kalau
macam tu, buat apa2 pun tak jadi... Buat biz A, 4 bulan, buat bis B, 3
bulan, Buat biz C, 6 bulan, buat bisnez D, setahun, lama sikit, sebab
dapat tipu ramai orang, sebab tu lama sikit.... .. taik ayam tak sempat
nak jadi baja, dah kita sepak. Orang macam ni buat apa pun tak jadi,
jangan bawa perangai ni dalam perkahwinan udah le......
Orang gagal terlalu sibuk mencari alasan, orang berjaya terlalu sibuk mencari peluang, hingga tiada masa untuk melihat alasan.
Apa tidaknya, baru dua tiga bulan join satu-satu perniagaan tu, dah
jumpa macam-macam alasan, kompani tak bagus lah, upline tak mahu support
lah, komisyen lambat bayar lah, kompeni tak betul lah, upline tak betul
lah, produk susah jual lah, produk mahal lah, itu tak betul, ini tak
betul..... lepas tu lompat bisnes lain, pun serupa, cari lagi alasan,
lepas enam tujuh bulan, lompat lagi buat bis lain, lompat sikatak
lompat, lompat tinggi-tinggi, cepat lah adik cepat, cepat bangun
pagi-pagi, kena pergi kerja la, orang macam tu elok kerja, jangan nak
cuba2 buat bisnes, perabih duit dia dan keluarga dia je. Tegur elok-elok
kita dimarahnya, tidak pun, hilang, harap2 ada yang baca email ni...
kalau idak tulis sorang je le...
Saya tahu mungkin ada kawan yang tak suka saya tulis artikel ini, tapi
itulah, telan mati emak, luah mati bapak, kalau dibiarkan berterusan,
masyarakat kita juga yang musnah. Itulah sebabnya, bila dah buat itu dan
ini tak menjadi, buat biz itu dan ini tak berjaya, mula join skim cepat
kaya, dan kita sendiri tahu penangan skim cepat kaya ni, yang kaya dua
tiga orang, yang kayap dua tiga puluh ribu orang. Dan yang paling
sedihnya, kebanyakkan yang memonopi kekayapan tersebut datang dari
bangsa saya sendiri... jadi sebar2kan artikel ini, mudah2an ada
kebaikkannya, dan jika ada yang menjadi penyebar beban dan penyumbang
kepada perkara ini... hentikanlah, walau pun ia sakit hati sikit pada
manusia penyebok ini yang bernama Mazelan Abas.
Kadang2 kita perlukan kayu beruti bawah rumah untuk terantuk, baru kita nak tengadah.
Wassalam.
Terima Kasih
Mazelan Abas
http://toneexcel.biz